Tahap keselamatan pemain, pengurusan, penonton Sabah FC dipertingkatkan – Shahelmy Yahya

KOTA KINABALU : Sabah FC akan meningkatkan tahap keselamatan dalam kalangan pemain, pihak pengurusan serta penyokong sentiasa dipertingkatkan.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk  Shahelmey Yahya berkata, pihaknya mengambil perhatian serius terhadap beberapa kejadian kecederaan membabitkan pemain di semenanjung Malaysia sekali gus diharap kejadian itu tidak merebak ke negeri ini.

Katanya, Sabah FC memberi jaminan akan meningkatkan tahap keselamatan menjelang aksi pembukaan Liga Super Sabah FC menentang Penang  FC pada 12 Mei ini.

“Kita sangat mengutamakan keselamatan semua pihak bukan sahaja kalangan pemain malah termasuk juga pihak pengurusan Sabah FC serta penonton dan lokasi perlawanan.

“Kita berharap kejadian ini dapat dimuktamadkan segera agar perjalanan liga nanti tidak akan terjejas sekali gus Sabah FC akan meningkatkan semula keyakinan penonton untuk kembali memberikan sokongan di setiap lokasi perlawanan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ketika mengulas mengenai pelancaran jersi baharu Sabah FC Shahelmy merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkata, jersi membawa tema ‘Tagap’ dipilih berikutan bersesuaian dengan fizikal serta matlamat untuk meningkat prestasi musim 2024/2025.

“Jersi ini sangat dinanti-nantikan oleh semua pihak. Berdasarkan corak yang menepati citarasa semua melalui kerjasama Lotto Malaysia ia akan meningkatkan lagi semangat Sabah FC mengharungi kempen liga nanti.

“Kita mengalu-alukan kerjasama semua pihak untuk tampil membantu meningkatkan sumber kewangan Sabah FC bagi memastikan prestasinya dapat diperbaiki seperti tahun sebelumnya,” jelas Shahelmy.