Liga Super: Sabah FC Tewaskan Perak FC 3-1

KOTA KINABALU: Sabah FC kembali menemui rentak kemenangan di laman sendiri apabila menundukkan Perak FC 3-1 pada perlawanan Liga Super di Stadium Likas, malam tadi.

Sabah FC yang bermula garang untuk bangkit semula selepas mencatatkan keputusan seri pada perlawanan lepas dengan Terengganu FC dengan memperolehi gol pertama pada minit ke-4 menerusi jaringan Darren Lok.

Selepas itu, Sabah FC terus mengasak pertahanan Perak FC yang berhasil menambah jaringan kedua menerusi Park Taesu pada minit ke-32.

Kapten Sabah FC Baddrol Bakhtiar yang terlepas beberapa peluang menjaringkan gol akhirnya mencatatkan nama sebagai penjaring pada malam Ini untuk gol ketiga Sabah FC menerusi tandukan cantik dari hantaran Jailton Da Silva menewaskan penjaga gol Petak FC Tan Keat See pada minit ke-41.

Bersambung masa kedua, Gary Robert masuk menggantikan Telmo Castanheira.

Ketua jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee kemudian membawa masuk Amri Yahya, Irfan Zakaria, Kwang Min Ko dan Mohd Farhan Roslan menggantikan Darren Lok, Dominic Tan dBaddrol Bakhtia dan Jailton Da Silva.

Sabah FC gagal menambah gol dan sebaliknya Perak FC memperolehi gol tunggal menerusi jaringan Harith Naim Jaineh pada minit ke-83.

Selepas ini, bagi saingan Liga Super, Sabah FC akan bermain di laman lawan menentang Kedah Darul Aman FC pada 2 Jun di Stadium Darul Aman Alor Setar.