KOTA KINABALU: Sabah FC melangkah ke Suku Akhir saingan Piala Malaysia selepas menundukkan Kuching City FC dengan agregat 4-1, biarpun mencatatkan keputusan 1-1 di Stadium Likas di sini, malam ini.
Sabah FC layak dengan kelebihan tiga gol selepas menang 3-0 ada perlawanan pertama di Stadium Negeri di Kuching pada 5 Ogos lepas.
Pada saingan Suku Akhir nanti Sabah FC akan bertemu Perak FC.
Sabah FC memperolehi gol pada minit ke-27 menerusi Mohd Rizal Ghazali selepas menerima hantaran daripada Saddil Ramdani.
Pada separuh masa kedua, Kuching City FC menyamakan jaringan menerusi Rames Lai pada minit ke-58.
Keputusan seri ini kekal sehingga tamat perlawanan.