KOTA KINABALU : Pemain Sabah FC Mohd Amri Yahya akan membuat penampilan terakhir menentang Kedah Darul Aman selepas bersama tiga musim bermula 2021 hingga 2023.
Dikenali sebagai ‘Wak Am’ sebagai pemain professional sepanjang bermain bersama pasukan Sabah FC, beliau sentiasa menjadi role model kepada pemain lain atas komitmen serta kesungguhan apabila turun bermain.
“Saya dikenali sebagai Ketua Kampung Likas kalangan penyokong Sabah FC akan dikenang sepanjang hayat.
“Banyak kenangan berada di Sabah, saya turut senang bersama peminat ataupun penyokong sehingga menggelarkan Ketua kampung Likas,” katanya di sini hari ini.
Ketika memulakan karier sebagai di peringkat kebangsaan Amri melakukan penampilan di pentas antarabangsa pada 8 September 2004 ketika berusia 23 tahun.
“Ketika itu saya masuk sebagai pemain gantian ketika skuad Harimau Malaya kendalian Bertalan Bicskei tewas 1-0 kepada China pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2006 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
“Sepanjang karier di peringkat antarabangsa selama 13 tahun, saya sudah mengumpul sebanyak 63 caps bersama skuad Harimau Malaya sehinggalah aksi terakhir pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon di Stadium Tan Sri Datuk Hassan Yunos, Larkin pada 13 Jun 2017 ketika usia 36 tahun,” jelas Amri.