Fokus untuk meraih tiga mata: Kurniawan

Kurniawan

Oleh: Zakaria Damit

KOTA KINABALU: Pemain Sabah FC perlu fokus untuk meraih ‘Mata’ penting dalam pertemuan menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang jam 9 malam ini.

Ketua Jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, kini semua sudah sepakat dengan melupakan peristiwa tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di laman sendiri selasa lalu.

Katanya, kekalahan di laman sendiri tentunya sangat mengecewakan semua pihak namun pemain perlu fokus agar perkara sama tidak berulang kembali.

Pemain Sabah FC mengadakan sesi latihan . Gambar daripada Laman Rasmi Sabah FC

“Kita sangat percaya dengan komitmen pemain yang berangkat ke sini (Penang). Semua mereka kita sudah siapkan untuk lawan pinang dengan tampil maksimal bermain 100 peratus.

“Mohon doa semua agar apa yang dalam perancangan akan berjalan lancar sekaligus pasukan Sabah FC mampu meraih mata berharga menentang Penang FA malam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi latihan terakhir Sabah FC di padang Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang malam tadi.

Pemain Sabah FC menyertai sesi latihan petang semalam.

Kurniawan berkata, pasukan Penang FC kini menduduki tangga empat Liga Super di belakang Terengganu FC, sudah tentu membuat persiapan rapi untuk perlawanan malam ini.

“Apa yang penting semua pemain agar ikut perancangan serta fokus bermain sebagai satu pasukan sekaligus yakin terhadap kemampuan pasukan sendiri (Sabah FC),” katanya.

Kurniawan Dwi Yulianto

Mengulas mengenai beberapa persoalan yang ditimbulkan di media sosial beliau berkata, semua pemain Sabah FC perlu ketepikan benda yang tidak penting serta hanya fokus kepada perlawanan malam ini.

“Mungkin banyak yang bertanya… Kita hanya mahu fokus di game ini dan sebolehnya akan cuba untuk ketepikan apa yang menjadi pertanyaan banyak orang,” katanya.

Kurniawan menganggap esok merupakan perlawanan yang sangat penting basi memastikan sekurang-kurangnya pasukan Sabah FC berjaya meraih mata penting dalam perlawanan malam ini.

SabahNewsToday

Leave a Reply