KOTA KINABALU: Sabah FC bersiap bersedia mengharungi perjalanan kempen Liga Super 2023 apabila melayani perlawanan pertama menentang PDRM FC di Stadium Likas, jam 7.30 malam ini.
Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau percaya Sabah FC membariskan pemain terbaiknya dengan memberikan mutu persembahan berkualiti selepas menjalani latihan serta mengadakan beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.
Menurutnya, Sabah FC tidak boleh mengambil saingan Liga tidak boleh mengambil mudah dengan pasukan mana sekalipun walaupun bermain di tempat sendiri.
“Kita akan menambah baik semua aspek yang kita perlukan…Kelebihan dengan beberapa pemain import yang baharu termasuk sudah pasti akan memberi banyak impak kepada pasukan Sabah FC.
“Seperti saya katakan untuk menilai mereka kita harus melihat saingan liga super dalam beberapa perlawanan sebelum memutuskan sama ada pemain import ini akan membantu atau tidak pasukan Sabah FC,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kim Swee berkata, Sabah FC perlu harus fokus pada strategi pada setiap perlawanan sekali gus berusaha memastikan menghasilkan keputusan baik kepada pasukan.
“Sudah tentu kita akan bermula dengan baik tetapi kita tidak boleh terlalu yakin di mana mungkin akan terjadi sebaliknya.
“Apa yang penting pemain harus mengambil setiap perlawanan dengan serius tak kira pasukan mana yang kira temui nanti,” katanya.