LABUAN : Timor Abazaliev muncul johan kategori Gross Kejohanan Golf MARAKAO Cup edisi pertama 2024 anjuran MARAKAO Club yang diadakan di padang golf Labuan International Golf Club, di sini kelmarin.
Pada Kejohanan itu, Timor mencatatkan 80 pukulan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500 dan tropi.
Naib johan bagi kategori Gross dimenangi Kelly Dius Bitol yang turut mencatatkan 80 pukulan (ocb) membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan tropi.
Tempat ketiga dimenangi oleh Ismail Pie (80 pukulan) menerima hadiah wang tunai RM1,000.
Tempat Keempat dan kelima masing masing dimenangi Idris Mohd (81 pukulan) dan Amirul Hishamudin (84 pukulan). Kedua dua mereka menerima hadiah wang tunai RM800 dan RM700.
Sementara itu Benedick Bakri Awang menjuarai kategori Nett untuk menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan tropi selepas mencatatkan 68 pukulan.
Naib johan bagi kategori Nett dimenangi oleh Ezmikel Linggi yang mencatatkan 68 pukulan (ocb) untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan tempat ketiga dimenangi Mazalan Abdullah (69 pukulan) menerima hadiah wang tunai RM800.
Tempat keempat dan kelima masing masing dimenangi oleh Mazalan Hassin (69 pukulan) dan Harrie Sotrisno (71 pukulan).
Kedua dua pemain tersebut menerima hadiah wang tunai RM600 dan RM500. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan yang juga Presiden LIGC, Rithuan Mohd Ismail dan mantan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli.
Kejohanan yang mendapat kerjasama LIGC itu telah disertai seramai 120 pemain.
Kejohanan yang julung kalinya diadakan itu turut menyediakan hadiah cabutan bertuah yang menarik itu dibawa pulang oleh pemain.