PAROI (Negeri Sembilan): Sabah FC bangkit untuk mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi malam tadi.
Gol jaringan Park Taesu pada minit ke-76 membolehkan Sabah FC meraih satu mata.
Jaringan menerusi tandukan itu selepas Park Taesu menerima hantaran daripada Jailton Da Silva.
Keputusan ini melegakan Sabah FC selepas mencatatkan dua kekalahan sebelum ini kepada Johor Darul Ta’zim dan Kuala Lumpur City FC.
Terdahulu Negeri Sembilan FC mendahului jaringan pada minit ke-21 menerusi Tommy Mawat yang menyudahkan tendangan percuma dengan baik mengelirukan penjaga gol Sabah FC Damien Lim.
Sabah FC kembali beraksi di Stadium Likas pada 19 April ini menentang Kelantan FC.