KOTA KINABALU: Seramai 12 atlet Kelab Tenpin Boling Kinabalu (KTBK) telah mengikuti Program Penilaian ataupun Roll-Off julung kalinya bagi mengukur prestasi, mencungkil bakat serta persediaan awal atlet kelab bagi menyertai pertandingan pada tahun ini di peringkat Daerah, Negeri dan Antarabangsa.
Presiden kelab, Chong Kam Fui berkata program ini adalah yang pertama dilaksanakan setelah KTBK didaftarkan dibawah Pesuruhjaya Sukan pada Mac 2023 serta menjalani latihan setiap minggu.

Katanya program ini adalah inisiatif kelab untuk memberikan ruang kepada atlet kelab bagi menunjukkan bakat dan potensi masing-masing untuk dinilai dan diberikan peluang mewakili kelab atau negeri dalam menyertai pertandingan yang besar dan berprestij.
“Program penilaian ini akan dilaksanakan setiap bulan bagi memastikan kesediaan dan keterbukaan para atlet kelab dalam meneliti dan memperbaiki kelemahan yang ada hasil daripada pelaporan jurulatih di setiap penilaian dalam meningkatkan mutu permainan,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Chong berkata setiap penilaian akan diberikan hadiah berdasarkan pemenang keseluruhan, Bawah 12 tahun, Bawah 15 tahun dan Bawah 18 tahun.
Katanya tujuannya adalah untuk memberikan motivasi dan berdaya saing secara sihat.
Beliau turut menyampaikan hadiah
Pemenang bagi bulan Januari dan hadir sama barisan jawatankuasa kelab, iurulatih dan ibu bapa yang turut memberi sokongan dalam program ini.