SANDAKAN: Mesyuarat Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang pertama untuk tahun 2024 telah diadakan pada 26 Januari lepas telah bersetuju untuk memberikan ketetapan bahawa UPKO Libaran menyokong beberapa saranan dan cadangan oleh pucuk pimpinan.
Ketua Bahagian UPKO Libaran yang juga Ketua Penerangan UPKO Pusat Dr Peter Jr Naintin berkata pertama saranan dan cadangan oleh parti UPKO kepada kerajaan negeri Sabah untuk mekanisma pembayaran 40% seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Katanya kedua saranan kepimpinan parti UPKO untuk mensyorkan bahawa Pengerusi Penyelaras Pakatan Harapan bagi setiap Parlimen di Sabah adalah berdasarkan kerusi yang telah ditandingi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 15.
Menurutnya ketiga cadangan UPKO sebagai parti tempatan yang mampu untuk menjadi Peneraju kepimpinan Pakatan Harapan Sabah.
Beliau berkata keempat kepimpinan tertinggi parti UPKO untuk menentukan gabungan kerjasama politik dalam menghadapi pilihanraya Negeri menjelang tahun 2025 agar lebih banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah untuk dimenangi.