32 C
Kota Kinabalu
Wednesday, March 22, 2023

Khairul Nizaem Pengurus B19 musim ini

Benedict menyampaikan kontrak kepada Khairul Nizaem

KOTA KINABALU: Mohd Khairul Nizaem Moktar dilantik sebagai pengurus pasukan B19 Sabah menghadapi Liga Piala Belia musim ini.

Beliau menandatangani kontrak dengan Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) di pejabat persatuan itu kelmarin disaksikan peguam SAFA, Azhier Farhan Arisin.

Hadir sama pada majlis menandantangani kontrak itu Timbalan Presiden SAFA, Datuk Juil Nuatim, Setiausaha Agung SAFA, Benedict Asmat penolongnya, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom.

Turut menandatangani kontrak ialah jurulatih pasukan Piala Belia Sabah (B19), Roslan Wasli dan penolong jurulatih, Sudirman Garamah bersama staf pengurusan pasukan itu.

Bagaimanapun, pemain-pemain pasukan B19 Sabah yang masih dalam proses pemilihan akan mendantangani kontrak mereka dalam sedikit masa lagi.

Ketika ditemui di sini, jurulatih pasukan, Roslan Wasli memberitahu, pemilihan pemain dijangka dilakukan dalam masa terdekat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilanjutkan hingga 18 Februari ini.

Katanya, pada masa ini lebih 100 pemain dari seluruh negeri disenaraikan untuk mengikuti pemilihan bagi membentuk pasukan B19 itu.

“Kami sedang merancang mengadakan pemilihan itu selepas kita mendapat kebenaran berbuat demikian,” katanya.

Menurut Roslan, pihaknya akan memilih seramai 30 pemain untuk menganggotai skuad terakhir.

Beliau berharap perancangan yang mereka lakukan ketika ini berjalan lancar supaya pasukan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat bagi membolehkan latihan pusat dapat dijalankan.

Sabahnewstoday

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles