
KOTA KINABALU: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memerlukan dana sebanyak RM20,000 bagi membina sebuah rumah usang dalam program bantuan ‘Teratak Prihatin’ di di Kampung Saab, di daerah Pitas.
Pengarahnya, Samin Ongki berkata, pada peringkat awal ini pihaknya sudah menyediakan kos permulaan sebanyak RM5,000 untuk tujuan itu sekaligus memerlukan sumbangan orang ramai bagi menjayakan misi berkenaan.
Katanya, sumbangan boleh disalurkan ke akaun YADIM bernombor 560018113966 Maybank manakala tarikh tutup sumbangan ini iaitu pada 15 Februari depan.
“Tapak pembinaan rumah penduduk ini sudah disediakan manakala angkatan Tentara Malaysia (ATM) akan memberikan kerjasama untuk memulakan kerja-kerja pembinaan itu dalam minggu ini.
“Kita berharap agar orang ramai dapat menyalurkan sumbangan untuk menjayakan program ‘Teratak Perihatin’ sekaligus membantu mendirikan rumah golongan asnaf berkenan,” katanya.
Samin berkata, sehingga kini dua buah rumah berjaya di bina dalam misi bantuan ‘Teratak Prihatin’ di daerah Kilas Beaufort.
“Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh menghubungi pejabat YADIM Negeri Sabah di talian 088-312407,” katanya.
Sabahnewstoday