Atlet muaythai sabah terima rm5,000

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyampaikan insentif kerajaan negeri berjumlah RM5,000 kepada atlet Muaythai Sabah, Emmabell Cassandra sebagai pengiktirafan atas kejayaan cemerlangnya di pentas antarabangsa.

Penyerahan insentif itu berlangsung di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini hari ini,

.Emmabell sebelum ini mencipta kejayaan membanggakan apabila menjuarai kategori wanita dalam kejohanan Byon Combat Showbiz 7 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), sekali gus mengharumkan nama Sabah dan negara di peringkat antarabangsa.

Hajiji berkata kejayaan itu membuktikan keupayaan atlet negeri ini untuk bersaing dan menyerlah di peringkat lebih tinggi, selain mencerminkan hasil usaha berterusan dalam pembangunan sukan di Sabah.

“Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan negeri, malah diharap dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang sukan dan mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan negeri dalam terus menyokong pembangunan atlet melalui pelbagai inisiatif termasuk pemberian insentif dan kemudahan latihan.

Majlis penyerahan insentif itu turut dihadiri Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Nizam Abu Bakar Titingan,