Sabah FC meneruskan momentum kemenangan dilaman lawan menewaskan Sarawak United FC

KOTA KINABALU: Sabah FC meneruskan momentum kemenangan bermain di laman lawan apabila menewaskan Sarawak United FC 1-0 untuk saingan Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Negeri, malam tadi.

Gol kemenangan Sabah FC dijaringkan oleh Kapten pasukan Baddrol Bakhtiar selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-81.

Sabah FC memperolehi sepakan penalti selepas Netto Pessoa dijatuhkan di kawasan petak penalti.

Kemenangan ini melonjakkan Sabah FC di tempat kedua pada kedudukan Liga Super Malaysia.

Bagi Sabah FC, ini merupakan kemenangan ketiga daripada empat perlawanan pada saingan Liga Super Malaysia dengan perlawanan seterusnya juga di tempat lawan apabila menentang Kuala Lumpur City pada 16 April ini.