5 Perlawanan persahabatan diharap mampu tingkatkan keserasian Josip dan Nazirul bersama Sabah FC : Kurniawan
02 mins
KOTA KINABALU Lima perlawanan persahabatan di ibu negara bulan depan dijadikan ruang untuk menguji tahap keserasian pemain selain menilai prestasi dua pemain baharunya.
Pengendalinya, Kurniawan Dwi Yulianto berkata, dua pemain tersebut, Josip Ivancic, penyerang dari Croatia yang menggantikan penyerang Liberia, Sam Johnson serta Nazirul Naim Che Hashim dari Perak FC.
Josip berketinggian 1.93 cm itu diturunkan menentang Kedah Darul Aman FC, penghujung Mei lalu manakala Nazirul, bekas bek kiri skuad kebangsaan dipinjamkan ke Sabah FC pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
“Kita masih tunggu kelulusan daripada Malaysian Football League (MFL) yang dijangka akan diperolehi dalam tempoh terdekat. “Mudah-mudahan kita dapat tengok serta ukur kemampuan mereka dalam friendly match nanti.
“Mereka mungkin memerlukan masa untuk memahami serta mengerti bagaimana game plan kita.. kerana mungkin game plan kita berbeza dengan team lama mereka. jadi kita cuba untuk berikan pengertian kepada mereka terutama Josip, memang agak berbeza game plan team lamanya,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjalani “Camp Based Training” di padang Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Kota Kinabalu.
Mengulas mengenai perlawanan persahabatan itu, Kurniawan berkata Sabah FC sudah secara lisan berkomunikasi dengan beberapa kelab di Semenanjung Malaysia yang bersedia dan berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan itu nanti.
“Kita tinggal tunggu pelaksanaannya nanti termasuk tatacara untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dibenarkan dan hanya menunggu keputusannya kemungkinan bersar dapat diperolehi dalam minggu ini,” katanya.