Liga Superimau : TABS-Sabah FC tumpaskan KIS Vipers 6-0

KOTA KINABALU: Pasukan TABS-Sabah FC menumpaskan KIS Vipers 6-0 dalam saingan Liga Suparimau B14 (Season B) di padang sintetik Kompleks Sukan Likas, di sini pagi ini.

Walaupun ini penampilan pertama mereka di musim baharu saingan liga tersebut, namun TABS-Sabah FC terus mengasak lawan untuk menguasai  permainan.

Pasukan itu berjaya menjaringkan tiga gol di babak separuh masa pertama untuk mendahului lawan.

KIS Vipers berusaha untuk mengekang lawan tetapi ia tidak menghalang pasukan lawan untuk terus menembusi benteng pertahanan mereka.

Justeru, TABS-Sabah FC memanfaatkan setiap peluang untuk memintas lawan dan ini membolehkan mereka menghasilkan tiga lagi gol pada separuh masa kedua.

Pasukan itu kendalian jurulatih Malim Surat dan dibantu jurulatih Hamizam Ismail.

Malim berkata, banyak aspek akan dipertingkatkan lagi selepas ini bagi membolehkan pasukan itu mampu beraksi dengan lebih baik dalam perlawananan seterusnya.

“Kemenangan ini satu permulaan yang baik untuk menyuntik semangat pemain namun kita akan terus perbaiki aspek yang ada kelemahan,” katanya.

Sementara itu, dalam perlawanan pada Sabtu, TABS Mix 9 menewaskan pasukan KKFC B 4-1 dalam kategori umur B10 tahun dan pasukan TABS Mix membelasah KIS Vipers 12-1 dalam kategori umur B8 tahun.