MIRI: Pasukan Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) menamatkan saingan di tempat ketiga pada Kejohanan Golf Kadayan Se-Borneo Siri Ke-9 2026 yang berlangsung di Kelab Golf Miri (KGM), Sarawak.
Sarawak muncul juara keseluruhan dengan kutipan 801 mata diikuti Brunei Darussalam (813 mata), Sabah (855 mata) dan Labuan (867 mata).
Pasukan Sabah turut dibarisi Presiden PAADIAN, Datuk Dr Yusof Yacob dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.
Selain kejayaan berpasukan, Sabah turut mencatat pencapaian membanggakan apabila Herman Manan dinobatkan juara kategori individu nett selepas merekodkan skor 60.
Lebih menarik, Estanto Karulus berjaya melakukan pukulan hole-in-one di lubang pertama dan membawa pulang sebuah motosikal Honda yang ditawarkan sebagai hadiah khas oleh Pertubuhan Wais Kadayan Labuan (WAKAL).
Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat pada majlis makan malam selepas kejohanan.
Edisi ke-10 kejohanan dijadualkan berlangsung di Brunei Darussalam pada tahun hadapan.
