Liga Super: Sabah FC catat keputusan seri 2-2 menentang KL City FC

KOTA KINABALU: Sabah FC mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada saingan Liga Super 2022 di Stadium Likas Kota Kinabalu, malam tadi.

Pujian harus diberikan kepada pemain Sabah FC yang bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan jaringan 1-2.

Ikan Bilis VIRAL

KL City FC menjaringkan gol awal pada minit ke-6 menerusi jaringan Giancarlo Gallifuoco selepas menerima hantaran sepakan percuma daripada Paulo Josue.

Masuk masa kedua, Sabah FC tidak menunggu lama untuk menyamakan jaringan 1-1 menerusi jaringan Dominic Tan pada minit ke-47.

KL City FC sekali lagi mendahului jaringan 2-1 menerusi Mohd Akram pada minit ke-61 selepas menerima hantaran sepakan percuma oleh Paulo Josue.

Sabah FC yang terus cuba menembusi pertahanan FC akhir berjaya memperolehi jaringan penyamaan 2-2 menerusi sepakan percuma Saddil Randani di luar petak penalti pada minit ke-85.

Sabah FC meraih 36 mata untuk kekal di kedudukan kedua Liga Super 2022.