34 C
Kota Kinabalu
Thursday, June 1, 2023

Hajiji arahkan 76 Badan Berkanun Negeri, GIC tubuh IGU dengan segera

KOTA KINABALU: Semua 76 Badan Berkanun Negeri serta Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GIC) digesa segera menubuhkan Unit Integriti dan Governans (IGU) bertindak dalam tempoh tiga bulan hingga Disember ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, setakat ini hanya sembilan daripada 85 Badan Berkanun Negeri serta (GIC), sudah menubuhkan unit berkenaan di agensi masing-masing.

Iklan murah di Sabahnewstoday.

“Kita mengarahkan agar 76 lagi Badan Berkanun Negeri dan GIC  mengambil perhatian serius. Saya hanya beri tempoh hingga bulan Disember tahun ini untuk menubuhkan unit di agensi masing-masing,” katanya di sini hari ini.

Hajiji berkata kerajaan sudah mengeluarkan arahan bertarikh 12 November 2019 kepada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menubuhkan Unit Integriti dan Governans atau Integrity and Governance Unit (IGU) dalam tempoh dua tahun daripada tarikh arahan dikeluarkan.

Penubuhan unit ini penting agar budaya kerja berintegriti diamalkan dalam perkhidnatan dengan telus, tiada kepentingan, tiada unsur salah guna kuasa dan patuh kepada peraturan serta undang-undang yang berkuatkuasa.

“Tanggungjawab ini perlu digalas sebaiknya oleh 20,920 penjawat awam negeri; dan 107,097 Persekutuan di Sabah.

Ini juga (iintegriti) yang dituntut oleh kira-kira 3.4 juta rakyat Malaysia di Sabah. Ketirisan integriti yang menjejaskan keutuhan perkhidmatan seharusnya tidak berlaku sekiranya semua inisiatif kerajaan dan budaya kerja berintegriti dipatuhi,” katanya.

Hajiji turut mengarahkan semua 17 Jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri dikehendaki membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) masing-masing dengan tempoh diberikan sehingga bulan Disember 2022.

“Manakala, semua 11 Kementerian telah berjaya membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi masing-masing. Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri, Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan negeri merupakan dasar antirasuah yang mencerminkan hasrat murni dan komitmen untuk membanteras rasuah dalam perkhidmatan pentadbiran kerajaan.

“Saya mahu semua Jabatan, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri yang belum membangunkan Pelan Antirasuah diberikan tempoh sehingga bulan Disember 2023. GIC digalakkan untuk membangunkan Pelan Antirasuah dan mendapatkan pensijilan Anti Bribery Management System (ABM,” katanya.

Ketua Menteri turut menetapkan agar status pembangunan Pelan Antirasuah dan pelaksanaan ABMS dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri selain mahu semua Ketua Jabatan memainkan peranan proaktif bagi memastikan agensi di bawah kawalan masing-masing membangunkan Pelan Antirasuah.

Hajiji berkata dalam usaha mengekang ketirisan hasil Kerajaan Negeri dari terus berlaku, satu Pasukan Petugas (Task Force) yang terdiri daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; dan Malaysian Palm Oil Berhad dibentuk bagi tujuan mengutip semua cukai jualan yang gagal dibayar sebelum ini

“Kerugian yang ditanggung sekiranya berlaku atas sebab ketirisan, salahguna kuasa dan pembaziran, maka ia perlu diberikan perhatian serius oleh semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi di negeri Sabah,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kerajaan negeri sudah memulakan inisiatif Menyelesaikan Isu- isu Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan hasil inisiatif ini sebanyak 63 daripada 116 isu teguran audit berjaya diselesaikan sepanjang tempoh Januari 2021 hingga 25 Ogos 2022.

Penganjuran Hari Integriti Negeri Sabah adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) (2021-2025) dan sempena sambutan itu, Ketua Mehteri turut melancarkan Buku Semakan Semula Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri (PAR JKM) 2019-2023.

Buku Semakan Semula ini mengandungi 20 inisiatif yang telah ditambah baik seiring dengan hala tuju dan agenda Kerajaan ke arah pengukuhan integriti, antirasuah dan tadbir urus baik.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles