31 C
Kota Kinabalu
Sunday, May 22, 2022

Prestasi ‘Hatrik’ Amri Yahya motivasi kepada pemain Sabah FC – Kim Swee

KOTA KINABALU: Keupayaan menjaringkan ‘Hatrik’ membuktikan Mohd Amri Yahya masih kekal pada prestasi sebenarnya sekali gus menjadi senjata utamanya menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Likas malam tadi.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, berkata ini membuktikan Amri Yahya perlu terus berada dalam senarai utama dengan memberi satu model khususnya kepada pemain muda agar mampu tunjukkan prestasi sebenar mereka.

Ong Kim Swee

Katanya, ramai mengakui ‘Amri Yahya’ masih mempunyai sentuhan berbisa jika dimanfaatkan oleh pasukan serta berpengalaman sambil bermain dengan begitu baik meskipun berusia 41 tahun.

“Kita percaya Amri merekodkan sebagai pemain tertua menjaringkan hatrik dalam saingan MFL. Rekod ini sudah tentu akan bertahan begitu lama berikutan pemain lain tidak mampu untuk melakukan melakukannya.

“Jaringan pada minit ke51’, 61’ dan 71’ membuktikan dia (Amri) tahu di mana beliau harus berada membantu Sabah FC dalam persaingan Liga Super dan Piala FA nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siding media selepas perlawanan Sabah FC menentang KDA FC di Stadium Likas Kota Kinabalu, malam tadi.

Amri meraihkan gol bersama rakan malam
Tadi. Gambar Sabah FC.

Ketika mengulas mengenai keseluruhan perlawanan malam tadi, Kim Swee berkata, apa yang penting semua pemain memainkan peranan sambil mengikut arahan berdasarkan apa berlaku pada separuh masa pertama.

“Kita mencipta peluang sehingga tidak membenarkan KDA FC bermain seperti mereka selalu lakukan…Ini merupakan satu disiplin yang cukup baik ditunjukkan oleh semua pemain.

“Pada separuh masa pertama kita tak berjaya menjaringkan gol tetapi pemain terus mengekalkan momentum sehingga pada separuh masa kedua apabila kita dapat satu gol,” katanya.

Ketika jaringan pertama Sabah FC meletakkan tekanan kepada pasukan KDA FC sehingga berjaya menghasilkan gol kedua, ketiga, keempat sekali gus menutup peluang pasukan pelawat menjaringkan gol.

“Kita melihat sudah wujud keserasian dalam kalangan pemain….mereka menunjukkan prestasi yang sangat baik, mengikut arahan serta berdisiplin. 

“Ini yang kita perlukan bukan sahaja pada malam tadi malam tadi, malah mereka perlu meneruskan dan mengekalkan rentak berterusan sehingga pada perlawanan akan datang,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

156,557FansLike
2,116FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
Iklan

Latest Articles