KOTA KINABALU : Sabah FC mencatatkan kemenangan pertama di laman sendiri selepas menewaskan Kuching City FC 2-1 pada saingan Liga Super, malam ini.
Kuching City FC mendahului jaringan menerusi jaringan Pedro Henrique pada minit ke-64.
Sabah FC kembali bangkit selepas memperolehi jaringan penyamaan selepas mendapat sepakan penalti dan disempurnakan oleh Darren Lok pada minit ke-75.
Ia selepas Kwang Min Ho dijatuhkan oleh pertahanan Kuching City FC dan Sabah FC diberikan sepakan penalti oleh pengadil Ahmad Zuhaidi Dzulkifli menerusi keputusan VAR.
Jafri Chew yang masuk menggantikan Darren Lok menjaringkan gol kemenangan Sabah FC pada minit ke-85.
Perlawanan seterusnya bagi Sabah FC akan menerima kunjungan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim pada 13 Julai ini di Stadium Likas.