KOTA KINABALU: Pasukan McLaren muncul sebagai juara karnival bola sepak TABS B13 selepas mengalahkan pasukan Mercedes FC 1-0 pada perlawanan akhir di padang TABS SUKMA, tengah hari tadi.
Pasukan Mercedes FC menduduki naib juara dalam karnival dalaman TABS anjuran unit kejurulatihan itu.
Tempat ketiga dimenangi secara bersama pasukan BMW FC dab Lotus FC.
Dalam kategori umur B9, pasukan yang menggelarkan diri Brazil muncul sebagai juara setelah mengutip sembilan mata, diikuti naib juara, Sabah FC mengumpul lapan mata. Manakala pasukan Argentina yang mendapat tujuh mata memenangi tempat ketiga.
Pasukan Timor Leste pula menjuarai katgeori umur B7, diikuti pasukan Malaysia naib juara dan tempat ketiga dimenangi pasukan Indonesia.
Menurut penolong ketua jurulatih TABS, Roslan Wasli, sebanyak tiga kategori umur B13, B9 dan B7 dipertandingkan dalam karnival tersebut.
Katanya, selain memberi latihan hujung minggu kepada pelatih-pelatih, program karnival itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelatih dalam bentuk pertandingan secara dalaman.
“Ramai pelatih berbakat dapat dikenal pasti melalui karnival ini dan mereka akan diserapkan dalam pasukan elit mengikut kategori umur masing-masing,” katanya.
Karnival berkenaan sebagai susulan kejayaan karnival B11 yang diadakan minggu lepas.
Hadiah kemenangan berupa hamper dan sijil disampaikan oleh Timbalan Pengerusi TABS, Lokman Sunggim, Setiausaha TABS, Amsir Abdullah dan ketua jurulatih, Matasan Ahmad.