LABUAN : Lima atlet Labuan meraih pingat di Para SUKMA di Sarawak September lalu menerima Insentif daripada Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) melalui Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWPL).
Atlet Para SUKMA Labuan mewakili kontijen Wilayah Persekutuan di temasya dwi tahunan itu meraih tujuh pingat masing-masing tiga pingat emas, tiga pingat perak manakala satu gangsa.
Pada majlis itu pemenang pingat emas menerima RM3,000 manakala pingat perak RM1,200 RM800 pingat gangsa.
Turut menerima Insentif ialah para jurulatih memenangi pingat sebanyak RM1,000.
Sementara itu, majlis Penyerahan Insentif berkenaan disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah) diadakan di Hotel Dorsett Grand Labuan, di sini, semalam.
Lima atlet Labuan emerlang Para Sukma iaitu itu, Rozabell Rozell Parinus pingat emas (Olahraga) manakala Avrinda Anis pingat emas (Boccia) Asmaliza Awang Tuah, pingat emas (Boling Padang) dan Labo Tualin.
Tiga atlet mempoleh tiga pingat perak masing-masing dalam acara renang, Kuak Dada, Butterfly dan Gaya Bebas serta Rafli Suhaili pingat gangsa menerusi acara Powerlifting 49kg.
Jurulatih menerima Insentif RM1,000 Mohd Supian Juslin (Olahraga), Junih Tuah (Boccia), Mohd Daud (Boling Padang), Aadiyati Dhobbhah (Renang) serta Mohd Syukri Abdullah (Powerlifting).
Ketika berucap di majlis tersebut, Dr Zaliha menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian atlet Para Sukma Labuan memenangi pingat.
“Insentif diberikan bertujuan menggalakkan serta memberi motivasi kepada atlet untuk berjaya pada temasya itu,” katanya.