KOTA KINABALU : Seramai 300 peserta terdiri daripada Ketua-ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) daripada 74 bahagian parti itu termasuk Labuan akan menghadiri seminar sehari di Pusat Konvinsen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 8 November ini.
Setiap bahagian parti itu akan diwakili empat peserta terdiri daripada ketua penerangan tiga sayap utama parti itu dan ketua penerangan bahagian masing-masing.
Ahli-ahli Majlis Tertinggi serta beberapa Ketua-ketua Bahagian Gagasan Rakyat turut dijemput menghadiri seminar tersebut.
Pengisian utama seminar sehari itu ialah sisi ceramah bertajuk “Solidariti Menuju Pilihanraya” disampaikan Naib Presiden parti itu, Datuk Masiung Banah mengupas menganai isu-isu semasa menjelang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah negeri ke-17 tahun depan.
Peserta berpeluang untuk berdiskuasi mengenai hala tuju Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH) menjelang PRN akan datang.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri merupakan Naib Presiden 1, Gagasan Rakyat, Datuk Mohd. Ariffin Arif dijangka merasmikan seminar tersebut dihoskan Ketua Penerangan parti itu, Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan.
Gagasan Rakyat dijadualkan mengadakan Persidangan Agung Tahunan 2024 bermula pada 9 November ini melibatkan persidangan tiga sayap Pemuda, Wanita dan Beliawanis yang akan dirasmikan Timbalan Presiden parti, Datuk Masidi Manjun.
Semantara, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor merupakan Presiden Gagasan Rakyat akan melakukan upacara perasmian Persidangan Agung Tahunan Induk pada 10 November di SICC.