Dua jaringan Ramon bantu Sabah FC tundukkan Negeri Sembilan FC 3-1

KOTA KINABALU: Dua jaringan Ramon Machado membantu Sabah FC menewaskan Negeri Sembilan FC 3-1 pada perlawanan Liga Super di Stadium Likas, malam tadi.

Ramon menjaringkan dua gol awal Sabah FC pada minit ke-13 dan ke-29 untuk Sabah FC mendahului jaringan 3-0 pada separuh masa pertama dengan satu lagi jaringan menerusi Miguel Cifuentes pada minit ke-46.

Bersambung di separuh masa kedua, Sabah FC cuba menambah jaringan, namun gagal sebaliknya Negeri Sembilan FC pula mendapat jaringan tunggal pada minit ke-90 menerusi Hein Htet Aung.

Kemenangan ini membolehkan Sabah FC mengumpul 42 mata dan naik di kedudukan keempat pasukan Liga Super.

Sabah FC akan bertandang ke Kelantan pada 29 September depan untuk saingan Liga Super seterusnya.