KOTA KINABALU: Sabah FC memulakan aksi pertama saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan kemenangan selepas menewaskan Hougang United FC 3-1 di Stadium Likas, malam ini.
Sabah FC bermula dengan baik apabila menjaringkan gol pada minit ke-5 menerusi tandukan Gabriel Perez selepas menerima hantaran daripada Daniel Ting.
Sabah FC banyak menguasai permainan dan keadaan padang yang basah akibat hujan tidak menghalang untuk pemain Sabah FC melancarkan beberapa serangan.
Gol kedua Sabah FC akhirnya diperolehi menerusi Darren Lok pada minit ke-28 yang bijak mengambil kesempatan perebutan bola di kawasan petak menewaskan penjaga gol Hougang United FC Zaiful Nizam Abdullah.
Huogang United FC cuba bangkit pada separuh masa kedua menerusi gol Takayama Kazuma pada minit ke-61 dengan gol ini turut dibantah penjaga gol Sabah FC Damien Lim mendakwa bola tidak melepasi garisan
Bagaimanapun, selepas dua minit, Darren Lok menjaringkan keduanya untuk Sabah FC menambah gol ketiga untuk memastikan Sabah FC mendapat tiga mata.
Sabah FC dalam Kumpulan H bersama Huogang United FC (Singapura), Hai Phong FC (Vietnam), PSM Makassar (Indonesia).
Satu lagi perlawanan dalam kumpulan H pada malam ini menyaksikan Hai Phong FC menewaskan PSM Makassar 3-0.
Perlawanan kedua Sabah FC menentang PSM Makassar pada 5 Oktober ini di Indonesia.