PIALA FA: Sabah FC siap sedia hadapi Terengganu FC malam esok – Kim Swee

KOTA KINABALU : Sabah FC bersiap sedia memberi saingan hebat pada perlawanan pertama suku akhir Piala FA, menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak, Terengganu malam esok.

Ketua Jurulatihnya, Datuk Ong Kim Swee, berkata perlawanan pertama ini tidak menentukan siapa yang layak ke peringkat seterusnya, namun ia sangat penting bagi pasukan Sabah FC mendapat keputusan yang positif.

Katanya, apa juga keputusan dalam pusingan pertama adalah penting Sabah FC harus kembali dengan satu keputusan cukup positif sekali gus kembali ke Stadium Likas dengan semangat positif.

“Apa juga keputusan (perlawanan kedua) yang berlaku di sini nanti, akan menentukan siapa yang layak ke pusingan seterusnya.

“Oleh itu kita memerlukan kelebihan bekalan gol pada perlawanan di sini (Terengganu), mencipta peluang kelebihan gol nanti,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kim Swee berkata, Sabah FC sedang giat menjalankan segala persiapan sekali gus mencipta banyak kelebihan gol menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Likas di sini dijadual 6 Julai nanti.

“Sabah FC alan memberi tumpuan penuh kepada perlawanan peringkat suku akhir Piala FA pertama cukup penting, lebih-lebih lagi kita bermain di tempat lawan.

“Kita tidak boleh mengambil mudah kerana kita tahu pasukan Terengganu FC mempunyai rekod yang cukup baik, terutamanya beraksi di tempat sendiri,” jelas Kim Swee.

Menurutnya, Terengganu kini bertambah baik dengan beberapa pemain baharu terutamanya pemain tempatan seperti Safawi Rashid, Akhyar Rashid dan Akram Mahinan.

“Mereka merupakan pemain yang berpengalaman dan kita harus berwasapada kepada semua pemain yang bakal diturunkan Terengganu FC,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih belum memutuskan siapa pemain yang bakal beraksi menentang Terengganu FC, disebabkan kecederaan beberapa pemain utama.

“Beberapa pemain mengalami kecederaan seperti Telmo Castanheira dan Gabriel Peres. Kita perlu melihat perkara ini sehingga esok (hari ini).

“Kita masih belum memutuskan siapa pemain yang bakal beraksi menentang Terengganu FC, disebabkan kecederaan beberapa pemain utama.

“Beberapa pemain mengalami kecederaan seperti Telmo Castanheira dan Gabriel Peres. Kita perlu melihat perkara ini sehingga esok (hari ini),” katanya.