KOTA KINABALU: Sabah FC menewaskan Geylang International FC 6-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Likas Kota Kinabalu, malam ini.
Keputusan ini sudah tentu penting bagi Sabah FC menguji kerasian pasukan yang dibarisi ramai pemain baru bagi menghadapi Liga Malaysia 2023.
Pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee mendahului jaringan 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan pemain pertahanan tinggi lampai Gabriel Peres pada minit Ke-9.
Jaringan media Sabah FC menerusi Daniel Ting padq minit Ke-13 menerusi gerakan solo dari sebelah kiri selepas menerima hantaran cantik daripada pemain import dari Brazil Jailton Da Silva.
Sabah FC yang menemui rentak permainan pada separuh masa kedua dengan menambah empat lagi jaringan.
Jaringan ketiga Sabah FC menerusi tendangan penalti oleh penyerang kebangsaan Malaysia Darren Lok pada minit Ke- selepas Jailton Da Silva dijatuhkan oleh pemain pertahanan Geylang International FC.
Saddil Ramdani menjaringkan gol keempat Sabah pada minit Ke-67.
Mohd Amri Yahya yang masuk pada separuh masa kedua menjaringkan dua lagi gol Sabah FC pada minit Ke-76 dan masa kecederaan minit Ke-91.
Kim Swee ketika mengulas perlawanan itu menyifatkan kemenangan bukan ukuran untuk perlawanan ini tetapi kombinasi dan keserasian pemain menjadi ukuran.
Katanya kesenua pemain yang diturunkan pada malam ini menunjukkan prestasi yang seimbang.
Menurutnya Sabah FC akan mengadakan dua lagi perlawanan persahabatan sebelum memulakan kempen Liga Malaysia 2023 dengan perlawanan pertama menentang PDRM FC.