BALI: Sabah FC beraksi cemerlang di gelanggang lawan pada saingan Piala AFC apabila menewaskan PSM Makasar 5-0 di di Stadium Wayan Dipta Bali, Indonesia, malam ini.
Sabah FC tidak menunggu lama mendapatkan jaringan menerusi tandukan Darren Lok pada minit ke-6 hasil hantaran Saddil Ramdani.
Saddil Ramdani sekali lagi menjadi penyumbang gol kedua Sabah apabila hantarannya ditanduk kemas oleh Gabriel Perez pada minit ke-36 untuk gol kedua Sabah.
Bersambung masa kedua, Sabah FC sekali lagi tidak menunggu lama menjaringkan gol ketiga menerusi Darren Lok pada minit ke-46.
Sabah FC yang banyak menguasai permainan menambah gol keempat menerusi tendangan percuma yang disudahkan dengan cantik oleh Stuart Wilkin pada minit ke-74.
Pada minit ke-93, Sabah menambah gol kelima menerusi Farhan Roslan yang menerima hantaran daripada Cifuentes.
Kemenangan ini membolehkan Sabah berada dikedudukan pertama dalam kumpulan H bersama Huogang United FC (Singapura), Hai Phong FC (Vietnam), PSM Makassar (Indonesia).
Selepas ini, Sabah FC akan menentang Hai Phong FC di Vietnam pasa 25 Oktober ini.