KOTA KINABALU: Hasrat Sabah FC meneruskan momentum kemenangan pada saingan Liga Super tercapai apabila menewaskan Sri Pahang FC dengan jaringan 2-1 di Stadium Likas di sini, malam ini.
Kemenangan ini juga membolehkan Sabah FC berada di persada kedudukan Liga Super.
Sabah memperolehi gol pertama pada
minit ke-10 menerusi Neto Pessoa yang menyudahkan hantaran dari pemain sayap kiri Sabah FC Tommy Mawat.
Penyerang import Sabah FC dari Jepun Taiki Kagayama menambah jaringan kedua Sabah FC pada minit ke-18.
Sri Pahang FC memperolehi gol tunggal menerusi jaringan penalti yang disempurnakan oleh Manuel Hidalgo pada minit ke-60.
Ia selepas pemain pertahanan Sabah FC Mohd Rizal Ghazali menjatuhkan Manuel Hidalgo.
Sabah FC akan bermain dua perlawanan di tempat lawan iaitu bertemu Selangor FC pada 28 Jun dan Negeri Sembilan FC pada 3 Julai depan.