Liga Super: Sabah FC gagal teruskan rentak kemenangan, tewas 0-1 kepada Selangor FC

SHAH ALAM: Sabah FC tidak dapat meneruskan rentak kemenangan apabila tewas 0-1 kepada Selangor FC pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Gol tunggal Selangor FC dijaringkan oleh Ayron Del Valle pada minit ke-23.

Kekalahan ini menyebabkan Sabah FC gagal memperbaiki kedudukan dalam Liga Super dengan kekal berada di kedudukan kelima.

Pada separuh masa pertama, serangan Sabah FC nampak goyah selepas Saddil Ramdani terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan oleh Mohd Farhan Roslan.

Bersambung separuh masa kedua, Sabah FC melancarkan beberapa serangan namun gagal mendapatkan gol penyamaan.

Sabah FC akan bertandang ke laman lawan pada 30 Julai ini menentang Penang FC di Stadium Bandaraya.