TABS Bandaraya hulur sumbangan kepada pemain yang bapa meninggal dunia

KOTA KINABALU: Tunas Asas Bola Sepak Sabah (TABS) Safa Bandaraya hari ini menghulurkan sumbangan kepada keluarga bapa pemain, allahyarham Ahmad Panji yang meninggal dunia, baru-baru ini.

Sumbangan itu diserahkan Timbalan Pengerusi TABS Safa Bandaraya, Lokman Sunggim kepada anak allahyarham, Muhammad Aizat Ahmad yang juga salah seorang pemain TABS Safa Bandaraya A yang bertanding dalam Liga Suparimau sessi C.

Turut hadir ialah Ketua jurulatih TABS Matasan Ahmad, penolongnya Roslan Wasli, jurulatih pasukan, Rosly Jamal dan Yazid Rashid.

Lokman yang mewakili pengurusan TABS Safa Bandaraya turut mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham atas pemergian arwah.

Sementara itu, TABS Tigers semakin menghampiri kejuaraan kategori B16 Liga Suparimau sesi C selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Rhinos FC dalam perlawanan liga itu pagi ini.

Mereka masih mempunyai dua lagi baki perlawanan iaitu menentang pasukan MU Matunggong dan TABS Safa Bandaraya A selepas ini.

Pasukan TABS Safa Bandaraya A turut memenangi perlawanan dengan MU Matunggong 2-0 petang tadi.

Mereka masih mempunyai dua lagi baki perlawanan iaitu menentang pasukan MUFC dan TABS Safa Bandaraya A selepas ini.

Pasukan TABS Safa Bandaraya A turut memenangi perlawanan dengan MUFC 2-0 petang tadi.