Liga Super: Sabah FC menang bergaya 4-1 ke atas Penang FC

KOTA KINABALU: Sabah FC mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 terhadap Penang FC pada saingan Liga Super di Stadium Likas Kota Kinabalu, malam tadi.

Kemenangan itu juga penting bagi Sabah FC untuk penyokong untuk permainan terakhir di Stadium Likas.

Gol pertama dijaringkan menerusi tandukan kapten Sabah FC Baddrol Bakhtiar menerusi hantaran dari Alto Linus pada minit ke-33.

Penang FC yang cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan pada akhirnya memperolehi jaringan menerusi Muhammad Adib pada minit ke-70.

Sabah FC tidak menunggu lama untuk mendapatkan jaringan pendahuluan apabila Park Taesu menjaringkan gol juga menerusi tandukan pada minit ke-72.

Selepas itu, Sabah FC terus beraksi cemerlang dan memperolehi dua lagi jaringan menerusi sepakan penalti Saddil Ramdani pada minit ke-79 dan Stuart Wilkin pada minit ke-89.

Kemenangan ini penting untuk Sabah FC mempertahankan kedudukan ditangga kedua dalam Liga Super 2022 dengan 39 mata.

Selepas ini Sabah akan beraksi dua perlawanan di tempat lawan iaitu menentang Pahang pada 11 Oktober ini dan menentang Johor Darul Ta’zim pada 15 Oktober ini.