KOTA KINABALU: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Jelani Hamdan dilantik sebagai Pengarah Sabah FC yang baharu, bagi mengambil alih tugas yang sebelum ini disandang Setiausaha Agung SAFA Benedict Asmat.
Perkara ini diumumkan Presiden (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika ditemui selepas majlis penyerahan watikah pelantikkan di Kementerian Kerja Raya Sembulan.
Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, perubahan ini merupakan pertukaran biasa bagi membolehkan mereka memberikan tumpuan kepada tugas masing-masing.
Benedict sebelum ini merupakan Pengarah Sabah FC akan memberikan perhatian kepada hal-hal pentadbiran selaku Setiausaha Agung SAFA manakala Jelani akan memberikan fokus dengan tugas baharunya.
“Pertukaran tugas ini bertujuan bagi memantapkan lagi Pengurusan SAFA dan Sabah FC…Saya yakin mereka sangat berpengalaman serta mampu melaksanakan tugas masing-masing dengan sebaik mungkin,” katanya.
SabahNewsToday