26 C
Kota Kinabalu
Monday, March 20, 2023

Covid-19: Kes baharu kekal bawah 5,000 dua hari berturut-turut

KUALA LUMPUR: Kes baharu Covid-19 di negara ini kekal di bawah 5,000 kes selama dua hari berturut-turut.

Menerusi perkongsian di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 4,743 kes direkodkan pada Selasa, namun meningkat sebanyak 232 kes berbanding 4,611 Isnin.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini sebanyak 705,762 kes.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,566 kes diikuti Kuala Lumpur (635), Negeri Sembilan (585), Sarawak (507) dan Johor (293).

Sementara, Pulau Pinang mencatat 195 kes, Sabah (193), Melaka (167), Kelantan (165), Kedah (142), Pahang (131), Labuan (104), Perak (68), Terengganu (37), Putrajaya (tujuh) dan Perlis (dua).

– Bernama

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles