KOTA KINABALU : Sabah FC mungkin terpaksa melupakan khidmat enam tonggak utamanya selepas masih mengalami kecederaan apabila bertemu Kuching City FC, di Stadium Negeri Sarawak malam esok.
Jurulatih Interimnya, Alto Linus berkata, beliau mengakui persiapan Sabah FC sedikit terjejas namun ini sudah tentu memberikan peluang kepada pemain lain untuk memikul tugasan penting ini.
Katanya, antara mereka berada dalam senarai kecederaan termasuklah Gabriel Peres, Saddil Ramdani, Cifu, Farhan Roslan, Kwan Ming Ko dan Darren Lok.
“Mereka mengalami kecederaan ini selepas perlawanan menentang PT Athletic FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras dalam saingan perlawanan Piala Malaysia tempoh hari.
“Kemungkinan besar ini juga bukan masalah bagi saya kerana percaya ia akan memberikan peluang kepada pemain lain untuk memikul tugasan ini….Saya percaya mereka mampu melakukannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Alto berkata, beliau mengakui berhadapan dengan Kuching City FC kini berada ditangga lima Liga Super sedikit memberikan tekanan kepada mereka.
“Sudah semestinya setiap pasukan berada pada kedudukan terbaik liga akan mempunyai tekanan untuk konsistant pada setiap perlawanan.
“Ini adalah normal disetiap pertandingan liga apabila kita berada ditempat yang baik sudah pasti pasukan lain akan turun dengan perancangan terbaik sekali gus mendapatkan keputusan yang lebih baik,” jelas Alto.
Menurutnya, Sabah FC juga mempunyai perancang tersendiri untuk menghadapi perlawanan ini manakala objektif besar adalah untuk mendapatkan memperoleh keputusan yang positif.
“Kita mengakui Kuching City FC merupakan pasukan terbaik dalam Liga Super sekali gus kita akan mampu melakukan apa sahaja pada ketika ini, lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri.
“Sabah FC mungkin sekali lagi akan bertemu pada saingan Piala Malaysia…Buat masa ini kita tidak memikirkan tentang Piala Malaysia, Sabah FC akan fokus pada perlawanan Liga Super ini,” kata Alto.
Mengikut rekod perlawanan, Sabah FC memiliki kelebihan empat kemenangan dengan satu perlawanan siri ketika bertemu Kuching City FC.
Sabah FC kini berada ditangga tiga Liga Super dengan memperoleh 26 mata berbanding Kuching City FC ditangga kelima dengan 18 mata.