KOTA KINABALU : Sejumlah RM200,000 disumbangkan kepada pelaksanaan projek kajian dan pembudayaan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Pengerusi Synerlitz, Tan Sri Mohd Anwar kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dr. Rosalam Sarbatly mewakili UMS sempena Pertandingan Golf Amal Sempena Projek Loji Tenaga 100MW di Kimanis anjuran Synerlitz (M) Sdn Bhd.
Hadir sama menyaksikan simbolik penyerahan Mock Cheque, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong dan Ketua Pegawai Eksekutif Synerlitz, Datuk Michael Lee.
UMS dalam satu kenyataan memaklumkan, dana tersebut akan dimanfaatkan Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) UMS, di bawah pimpinan Pengarah PPST, Dr. Newati Wid, untuk melaksanakan projek kajian STEM dan inisiatif membudayakan STEM dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
“UMS merakamkan penghargaan atas sumbangan ini, yang dijangka memberi impak besar kepada pendidikan sains dan teknologi serta menyumbang kepada pembinaan generasi masa depan yang lebih berdaya saing,” demikian kenyataan dari UMS.