Persatuan mahu parkir haram di simpang ditangani

KENINGAU: Persatuan Kebajikan Masyarakat Bingkor menggesa tindakan segera diambil terhadap kenderaan yang diparkir berhampiran simpang Jalan Keningau-Apin Apin.

Pengerusinya, Yazid Mohd Hasnan Tawik berkata, keadaan itu menjejaskan penglihatan pemandu dan meningkatkan risiko kemalangan.

Beliau berharap agensi berkaitan memperketat penguatkuasaan serta melaksanakan langkah keselamatan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, satu kemalangan membabitkan dua kenderaan yang berlaku pagi tadi dipercayai berpunca daripada faktor penglihatan terhad akibat kenderaan yang diparkir berhampiran simpang.

Sehubungan itu, beliau menggesa JKR, PBT, PDRM dan JPJ bekerjasama melaksanakan langkah seperti penguatkuasaan larangan parkir, pemasangan papan tanda amaran, pewujudan zon larangan parkir serta penilaian keperluan pembinaan lampu isyarat atau bulatan.