31 C
Kota Kinabalu
Thursday, February 9, 2023

Sabah FC bentuk pasukan terbaik tahun depan – Kim Swee

KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata beliau akan menilai semula semua pemain sebelum memutuskan senarai akhir bagi menghadapi Liga Malaysia 2023 termasuk kejohanan Piala AFC.

Katanya, beliau akan mengambil keputusan mengekalkan atau menggugurkan mana-mana pemain termasuk menambahbaik pemain bagi memastikan Sabah FC tampil dengan barisan terbaik musim depan.

“Saya harap sesiapa yang dikekalkan dapat terus bersama, kita tahu bukan mudah untuk mendapatkan pemain….Kerana banyak pasukan juga akan membuat penambahanbaikan untuk pasukan masing-masing.

“Ini merupakan satu pencapaian yang sangat baik bagi saya walaupun setahun kita bersama-sama tetapi pemain sudah berusaha dengan begitu baik.

“Kita ucapkan terima kasih atas sokongan serta komitmen daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Firdaus Akhbar Khan termasuk pengurus pasukan, Marzuki Nasir yang selalu bersama-sama pasukan.

“Ini menjadikan kita layak walaupun dengan slot ketiga tetapi saya percaya walaupun lambat itu satu pencapaian yang cukup positif,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kim Swee berkata, persiapan awal perlu dijalankan meskipun kejohanan Piala AFC hanya akan bermula pada pertengahan tahun depan.

“Pada awal musim kita harus mengenalpasti kekuatan serta setiap kelemahan dan ini memberi kelebihan kepada Sabah FC.

“Apa yang penting di sini, saya berharap semua pemain Sabah FC sentiasa cergas kerana kita akan melalui proses amat padat dengan jadual-jadual liga, Piala Malaysia, Piala FA dan juga Piala AFC,” katanya.

 

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles