Peruntukkan RM134.59 juta mampu tingkat sektor pelancongan di Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU: Peruntukkan berjumlah RM134.59 juta kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar mampu memperkasakan sektor pelancongan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peruntukan itu merangkumi menaik taraf kemudahan pelancongan dan pembangunan modal insan untuk pelancongan berasaskan komuniti.

“Saya juga mengumumkan Biro Konvensyen Sabah (SCB) diwujudkan dan beroperasi sepenuhnya tahun hadapan.

“SCB akan mempercepatkan perkembangan industri pelancongan menerusi pelancongan berasaskan program perniagaan bagi menjadikan Sabah sebagai destinasi mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran. 

“Kesemua ini akan menjana pelbagai aktiviti ekonomi sekali gus memberi manfaat kepada sektor perhotelan, pengangkutan, penerbangan serta berkaitan,” katanya di sini hari ini.

Teks ucapannya disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Hajiji berkata, tema persidangan ‘Tourism Futures Reimagined’ adalah tepat pada masanya.

“Saya gembira mengetahui peserta dalam persidangan ini akan bersama-sama menwujudkan strategi untuk memulihkan sektor pelancongan.

“Sektor pelancongan Sabah terjejas teruk akibat Pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu. Pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan negeri untuk berhadapan dengan cabaran ini,” katanya.