KUDAT: Sambutan Hari Guru dan Pesta Kaamatan Sekolah Kebangsaan (SK) Garau yang berlangsung selama tiga hari berjaya menyatukan warga sekolah dan komuniti setempat menerusi pelbagai aktiviti pendidikan dan kebudayaan.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Pengerusi Sabaras Sdn Bhd, Datuk Barlus Mangabis yang menegaskan kepentingan memelihara warisan budaya masyarakat KDMR dalam kalangan generasi muda.
Beliau berkata, penganjuran program sedemikian mampu memupuk semangat perpaduan selain menghargai jasa pendidik yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara.
Program berkenaan turut menampilkan pertandingan Sugandoi, Sumundai, sukaneka, persembahan kebudayaan dan cabutan bertuah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.
