JDT juara Karnival Bola Sepak B17 TABS Safa Bandaraya

KOTA KINABALU: Pasukan yang menamakan diri mereka JDT dinobatkan sebagai juara karnival bola sepak bawah 17 tahun TABS SAFA Bandaraya 2023 selepas menewaskan pasukan Selangor 2-1 pada perlawanan akhir di Padang B SUKMA, hari ini.
JDT menjaringkan gol pendahulu namun Selangor berjaya menyamakan kedudukan tidak lama kemudian sebelum pemain gantiannya berjaya menjaringkan gol kemenangan beberapa minit selepas itu.
JDT mara ke perlawanan akhir setelah mengalahkan Terengganu 2-0 di separuh akhir manakala Selangor mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sabah FC untuk melayakkan diri ke final.
Pasukan Terengganu dan Sabah FC diisytiharkan sebagai pemenang bersama tempat ketiga karnival berkenaan.
Sebanyak lapan pasukan membabitkan pasukan B17, B16, B15 dan B14 menyertai karnival itu dan dibahagikan dalam dua kumpulan.
Penolong ketua jurulatih TABS, Roslan Wasli memberitahu, karnival anjuran unit kejurulatihan itu merupakan aktiviti terakhir sebelum bulan Ramadan.
Katanya, sebelum ini TABS juga berjaya menganjurkan karnival B11 dan B13 secara dalaman yang mendapat smabutan memberangsangkan daripada kalangan pelatih.
Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim telah menyampaikan hadiah berupa hamper dan sijil kepada pemenang.
Turut hadir ketua jurulatih TABS, Matasan Ahmad, jurulatih-jurulatih TABS serta ibu bapa pelatih.