Kim Swee sahkan ‘Jose Embalo’ ganti Neto Pessoa, mantapkan jentera serangan

KITA KINABALU: Pengalaman beraksi di Liga Europa faktor terpilih menjadi pemain import baharu ‘Jose Embalo’ mencipta nama sebagai penyerang sensasi dalam saingan Liga Malaysia di negara ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee, berkata Embalo berasal dari Portugal menggantikan ‘Neto Pessoa’ selepas kelihatan mengalami sedikit kekurangan selepas menghadapi kecederaan yang agak lama.

Katanya, Netto berjaya menjaringkan gol ketika menentang Sri Pahang FC namun secara keseluruhan terdapat bebeberapa faktor untuk ditukar dalam jendela perpindahan bagi memantapkan jentera bahagian serangan.

“Kita tidak mengatakan kehilangan Neto begitu ketara atau prestasinya menurun….tetapi kita perlu memastikan pemain import berada pada tahap yang cukup baik ketika bersama Sabah FC.

“Kita harus memikirkan apakah langkah seterusnya, jadi saya membuat keputusan untuk menukar Neto kepada Embalo dalam tempoh segera.

“Embelo sudah memulakan sesi latihan bersama Sabah FC. Kita yakin Embalo akan memberikan kesan besar dalam Sabah FC khususnya di bahagian serangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Kim Swee berkata, Embalo sangat berpengalaman beraksi dalam banyak kejohanan liga di Eropah sekali gus dapat menyesuaikan rentak permainan terutamanya dalam mencari keserasian bersama rakan sepasukan.

“Kita perlu bagi sedikit masa kepada Embalo…Untuk perlawanan dengan Selangor, Embalo tidak mungkin akan diturunkan kerana beliau baharu sahaja tiba di sini.

“Kita mempunyai beberapa hari lagi untuk memastikan Embalo bersedia untuk berada pada tahap kecergasan yang baik sebelum kita menurunkannya dalam perlawanan dengan Selangor FC atau Negeri Sembilan FC nanti,” katanya.