KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes SPRM.
SPRM Putrajaya dalam kenyataan semalam berkata, individu pertama ialah Aries Ryan Phillip Among, 29, mempunyai alamat terakhir di No. 42, Lorong 5, Taman Hilton Donggongon, 88300 Penampang, Sabah.
Manakala individu kedua, Ika Ka Shira Jeffry, 26, pula mempunyai alamat terakhir di Lot 15, Lorong 14, Ujana Kingfisher, Kuala Inanam, Likas, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, PKPS Masnah Basir di talian 088-488381, 016-8811870 atau e-mel kepada masnah@sprm.gov.my.