Hajiji hadir Ceramah Perdana sempena Tamu Belia Tuaran

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag menghadiri Cermah Perdana sempena Tamu Belia Tuaran 2023 anjuran Tuaran Youth Club di Padang Istiadat Tuaran, malam tadi.

Penceramah jemputan khas, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid menyampaikan ceramah bertajuk “Keperibadian Rasulullah SAW”.

Hajiji hadir Ceramah Perdana sempena Tamu Belia Tuaran.

Hadir sama, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Datuk Jahid Jahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya.

Ribuan masyarakat Islam khususnya golongan belia menghadiri majlis itu.