Salur sumbangan bagi kemudahan anak yatim di Kudat: Zahari

Nor’ain menyampaikan sumbangan sempena Hari Radio Sedunia

KUDAT: Sejumlah RM80,000 diperlukan bagi menyiapkan pembinaan ruangan tambahan Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah Pekan, di pekan Kudat.

Pengurusnya, Zahari Muhammad berkata, setakat ini jumlah sumbangan sudah mencecah RM60,000 hasil sumbangan orang ramai melalui penjualan ‘Lot Wakaf’ yang diperkenalkan sejak setahun tahun lalu.

Katanya, ruangan tambahan ini nanti dijangka boleh menempatkan lebih ramai anak-anak yatim yang kurang berkampuan di sekitar Kudat.

Penyampai RTM serahkan pelitup muka

“Sedikit maklumat yang boleh dikongsikan di sini. Salah seorang daripada bekas pelajar di sini kini menjadi guru pelatih di Institut Perguruan Gaya (IPG), juga belajar di beberapa Maahad Tahfiz di sekitar ibu negeri.

“Kita alu-alukan bantuan orang untuk menyalurkan sumbangan melalui pembelian Lot Wakaf Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah Pekan, Kudat bernilai RM100.00 nombor akaun 510068510387 Maybank,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada dalam program sempena Hari Radio Sedunia bersama RTM Sabah di sini hari ini.

Hadir sama dalam program ini Pengarah Yadim Sabah, Samin Ongki serta Pengarah RTM Sabah, Nor’ain Bakir.

Nor’ain menandatangani buku kehadiran di Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat

Ketika ditanya mengenai program hari ini Zahari berkata, Program Yadim bersama RTM ini sedikit sebanyak akan memberikan semangat serta keyakinan diri dalam kalangan anak-anak yatim.

“Beberapa penyampai RTM berkongsi pengalaman serta kerjaya mereka di RTM sekaligus memberi galakan untuk terus memanfaatkan peluang pembelajaraan yang disediakan di sini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah RTM Sabah, Nor’ain Bakir berkata, pembudayaan amalan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian anak-anak yatim pada usia yang muda perlu diteruskan.

“RTM menghulurkan sedikit keperluan pembelajaran anak-anak yatim ini sekaligus akan meneruskan kerjasama ini bagi menjayakan kerja-kerja amal sempena Hari Radio Sedunia yang berlangsung pada 13 Februari ini,” katanya.

Sabahnewstoday

Anak Yatim Baitul Hidayah Pekan, di pekan Kudat. Gambar oleh: Zakria Damit

Leave a Reply