Aspek pendidikan perlu diutamakan: Samin

BANGGI: Penduduk kampung di kawasan luar bandar perlu mengutamakan aspek pendidikan anak-anak bagi memastikan mereka keluar daripada belenggu kemiskinan.

Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Samin Ongki berkata, anak-anak merupakan aset utama mereka yang perlu diberi tumpuan sekaligus mampu menjamin masa depan yang cerah.

Katanya, faktor berada jauh di kawasan bandar bukan alasan untuk meminggirkan aspek pendidikan namun ianya perlu dijadikan cabaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di masa depan.

Samin bersama Pengarah RTM Sabah, Nor’ain Bakir di Pulau Banggi

“Kita mendengar ramai kalangan anak muda kelahiran Banggi menjadi pegawai di peringkat negeri serta persekutuan. Ini akan menjadi aspirasi kepada anak-anak kita di kampung ini.

“Suasana pembelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga akan sedikit sebanyak menjejaskan pembelajaran namun ini perlu jadikan sebagai pembakar semangat untuk memastikan anak-anak mereka mencapai kejayaan di masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan bantuan dalam program Konvoi Kebajikan Yadim dengan RTM Sabah di Kampung Kalangkaman, Banggi di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah RTM Sabah, Nor’ain Bakir serta Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Dewan Undangan Negeri (Dun) Banggi, Akram Ismail.

Menyentuh mengenai program Yadim hari ini Samin berkata, pihaknya memilih Pulau Banggi adalah untuk menyampaikan sedikit bantuan bagi meringankan beban mereka.

“Yadim bersama RTM turun padang bagi melihat keberkesanan siaran Radio terutama di kawasan luar bandar. Radio RTM sangat dekat dihati penduduk di Banggi mendapat info serta maklumat semasa terutama dalam PKP ini” katanya.

Sementara itu PPM Dun Banggi, Akram Ismail berkata, pihaknya melahirkan penghargaan kepada Yadim serta RTM memilih kawasan Banggi sebagai program konvoi jelajah kebajikan kali ini.

“Kami sangat menghargai kerjasama ini sekaligus berpeluang melihat sendiri kehidupan masyarakat khususnya di Pulau Banggi,” katanya.

Sabahnewstoday

Program Hari Radio Sedunia di Pulau Banggi

Leave a Reply