Mohammad Yusof memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi hari ini

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mohammad Yusof Apdal memulakan tugasnya pertamanya di Putrajaya hari ini.

Beliau tiba di kementerian tersebut disambut oleh pegawai pegawai kanan kementerian seterusnya sesi suai kenal bersama Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya.

Mohammad Yusof memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi hari ini.

“Saya akan berusaha membantu kementerian ini dalam matlamat untuk memperkasakan serta menjadikan pendidikan menjadi asas utama.

“Saya yakin dapat membantu Menteri Pendidikan Tinggi dalam menggalas tugas sekali gus memastikan mutu pendidikan di negara ini dapat terlaksana dengan jayanya,” katanya.