KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memutuskan untuk membenarkan vaksinasi remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun bermula 16 September.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, perkara itu dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet Negeri di sini hari ini.
Katanya, ini juga selaras dengan pendirian Kementerian Kesihatan untuk mendapatkan sebanyak mungkin remaja dalam kumpulan berisiko tinggi untuk diberi vaksin.
Ini juga berikutan pembukaan semula sekolah yang dijangka bermula pada 3 Oktober.