Usaha Mewujudkan PPD Membakut Kini Sedang Giat Dilaksanakan – Mohd Arifin

MEMBAKUT : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Arifin Mohd Arif kini sedang berusaha untuk mewujudkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Membakut.

Katanya, ketika ini Pengarah Pendidikan Negeri Sabah bersama PPD Daerah Beaufort sedang dalam proses untuk memohon agar diwujudkan kawasan Membakut ini.

Mohd Arifin ketika menyampaikan ucapan merasmikan program tersebut.

“Saya sudah bawa perkara ini kepada Menteri Pendidikan dalam mesyuarat exco pendidikan sebelum ini dan minggu depan saya akan bawa perkara ini sekali lagi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Sabah kerana sedang berusaha ke arah itu dan mudah-mudahan akan memudahkan urusan kita,” katanya di sini hari ini.

Arifin menyaksikan penyerahan BAGUS dan SUKSES daripada wakil Pejabat TSKN (Tugas-tugas Khas) kepada wakil DUN Membakut.

Mohd Arifin merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, beliau mencadangkan agar guru-guru di DUN Membakut serta Bongawan bergabung untuk memudahkan urusan berkaitan pendidikan. 

“Saya juga mencadangkan gabungan antara guru-guru di Membakut dan Bongawan ini dilaksanakan dalam satu wadah seperti mana kita adakan hari ini bukan sahaja melibatkan DUN Membakut tetapi juga DUN Bongawan.

Arifin (tengah, belakang) dan Azru (dua dari kiri, belakang) bergambar bersama murid-murid yang menerima bantuan beg sekolah.

“Ini yang kita inginkan supaya kerjasama itu dapat membantu anak-anak kita memudahkan urusan mereka,” jelas Mohd Arifin.

Pada majlis tersebut, Arifin yang diiringi Pegawai Daerah Ibrahim Terki bersama Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Azrul Ibrahim menyempurnakan gimik pelancaran Bantuan Ihsan Tabung Pendidikan (BISTARI).

Beliau menyaksikan penyampaian cek cura oleh Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas) Awangku Raimy Pangiran Abdul Rahman kepada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort Gani Senang dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Papar (Sektor Pengurusan Sekolah), Jamal Ramli.

Arifin (tengah, belakang) dan Ibrahim (empat dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama guru-guru yang akan bersara.

Turut disampaikan, cek cura Bantuan Aktiviti PIBG Sabah (BAGUS), Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES), Bantuan Ihsan serta Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah (BALKIS) kepada DUN Membakut dan DUN Bongawan.